Friday 19 February 2016

PENGENALAN AHLI KUMPULAN










 RUKUN NEGARA
                                                     MALAYSIA









SENARAI KANDUNGAN


1)      Latar belakang RUKUN NEGARA.
2)       Objektif penubuhan RUKUN NEGARA
3)       Maksud RUKUN NEGARA:
·     Kepercayaan Kepada Tuhan
·     Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
·     Keluhuran Perlembagaan
·     Kedaulatan Undang-Undang
·     Kesopanan dan Kesusilaan
4)       Kepentingan Menghayati Rukun  Negara.
5)       Kesimpulan.
6)       Rujukan.



LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA



  •                       Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

  •                       Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).

  •              Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.

  •                       Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

  •                       Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

  •                       Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.

  •                       Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.

  •                       Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

  •                       Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan agama.














OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :



  •                        Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .

  •                        Untuk memelihara cara hidup demokratik .

  •                        Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin.

  •                        Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat . 

  •                        Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden . 

  •                        Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita . 


  •                        keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara . 























MAKSUD RUKUN NEGARA









1. Kepercayaan kepada Tuhan
  • Pegangan agama yang kukuh akan menjadikan Malaysia satu bangsa yang berdaulat.
  • Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik, melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Pemerintahan negara bercorak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
  • Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.
  • Sistem raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Perdana Menteri.
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara harus ditaati dan dihormati oleh rakyat.

3. Keluhuran Perlembagaan
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
  • Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara.
  • Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.
  • Perlembagaan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
    • Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan/negara.
    • Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama.
    • Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
    • Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaanny
  • Fungsi Perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam negara   akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
  • Rakyat harus mematuhi, menerima dan mempertahankan kemuliaan dan keluhuran  Perlembagaan negara.

4.  Kedaulatan Undang-undang
  • Undang-undang dapat menjamin keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kedaulatan negara.  Adanya undang-undang, sistem pemerintahan dapat berjalan dengan licin dan teratur.
  • Undang-undang negara berasaskan Perlembagaan Malaysia.
  • Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.
  • Tanpa undang-undang, kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar-kacir,  tidak aman dan tidak selamat

5.  Kesopanan dan Kesusilaan
  • Prinsip ini memberi penekanan kepada pembentukan personality, tingkah laku dan  perlakuan seseorang warganegara yang bersopan, bersusila dan berbudi pekerti mulia.
  • Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengamalkan prinsip yang kelima ini bagi menjamin perpaduan dan persefahaman antara kaum.
  • Masyarakat yang bersopan dan berperibadi mulia ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.

                         PRINSIP RUKUN NEGARA





KEPENTINGAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

1.Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat  negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.  KEPENTINGAN PERPADUAN DAN LANGKAH MEMUPUKNYA        


2.Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.


3.Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang  kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4.Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.



5.Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.


                  
             Kedatangan kaum Cina, India dan kaum kaum lain ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini, iaitu wujudnya pelbagaian kaum, agama dan budaya.
    ii. Kedatangan pelbagai kaum ke Tanah Melayu dan dasar British telah mengubah landskap Negara ini yang mana Tanah Melayu menjadi Pusat Perlombongan biji timah dan pusat perladangan getah. Impaknya terhadap pembangunan ekonomi dan sosial Negara terus kelihatan sehingga hari ini.
   iii. Kedatangan kaum kaum lain juga telah menggalakkan penempatan Bandar masyarakat Cina melalui aktiviti perniagaan. Oleh itu, kebanyakkan Bandar Bandar di Malaysia sehingga hari ini kekal dihuni oleh orang Cina.
   iv.   Ekoran dasar British kebanyakkan kaum Cina dan India bertumpu atau lebih ramai di negeri – negeri pantai barat seperti Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Seremban. Manakala, di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu dihuni oleh Orang Melayu.
    v. Kewujudan pelbagai kaum telah memberi kesan kepada pertumbuhan parti politik seperti:-
a.     DAP
b.    UMNO
c.    PAS
d.    dan lain-lain.



  1.       Generasi masa kini perlu bersama – sama mengekalkan keamanan Negara dengan menunjukkan sikap perpaduan yang jitu.
  2.                Generasi muda perlu memahami dan mempelajari budaya kaum yang lain untuk mengelakkan prejudis sesame mereka.
  3.        Generasi muda terutamanya Cina dan India perlu menghargai jasa dan sumbangan nenek moyang mereka yang telah bersusah payah dating ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang baharu.
  4.            Generasi muda terutama Cina dan India juga perlu menghargai jasa orang Melayu terdahulu yang member peluang kepada nenek moyang mereka menjadi warganegara Tanah Melayu.



KESIMPULAN


Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.





RUJUKAN

·       Buku Nilai Masyarakat Malaysia DUB 2012 (POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH)
·       https://www.youtube.com/watch?v=584afRCh0tg&feature=youtu.be




2 comments:

  1. Baccarat In The World - 2021 Guide To Playing In The
    This is a relatively new 바카라 사이트 way of playing online casino games. For example, there are three variants that you can kadangpintar play 1xbet korean as you go,

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
    Find 울산광역 출장안마 Borgata Hotel Casino 영주 출장안마 & Spa (AtlanticCity) location 동두천 출장안마 in Atlantic 안성 출장안마 City, 경주 출장마사지 NJ, Check out traffic updates, road conditions and traffic updates.

    ReplyDelete